Oct 29, 2008

Kenapa Perlu Membiarkan Diri Kita Dikuasai Orang Sekeliling Kita?

Mungkin ya, mungkin tidak! Mungkin pengalaman hidup yang membezakan kita berlainan dengan orang-orang di sekeliling kita. Apatah lagi, ibarat 'setahun jagung' .. ungkapan yang sering aku dengar dari orang sekeliling yang lebih dewasa dan matang dari kita.

Terlalu banyak nasihat dan kata-kata dari orang yang rapat denganku, 'Jangan membiarkan diri kita dikuasai orang sekeliling kita? Nescaya, boleh memakan diri. Orang sekeliling kita ini aku maksudkan orang yang bukan darah daging atau bukan sanak-saudara atau keluarga kita. Tapi, kekadang keluarga sendiri juga yang banyak mencetuskan kesakitan, penderitaan dan kepayahan pada diri kita, walhal, kita dah buat yang terbaik! Tapi sering jatuh ke 'parit', bangun sendiri walaupun kaki berdarah dan lukanya masih nampak hingga kini, tapi digagah juga hendak berdiri. Waktu berdiri, ada-ada sahaja yang berlaku. Bukan setakat terpijak 'tahi kucing' atau 'tahi anjing', tapi terpijak kaki sendiri.

Aku akui, aku memang terlalu banyak membuat kesilapan dalam hidup, dan blog kuini terasa seperti teman setia untuk aku mencurahkan segala-galanya, sedangkan realiti hidup, aku tak berani berbuat begitu.

Teman atau kawan di tempatku kerja, di Miri, tiada seorang pun yang aku percayai setelah apa yang mereka lakukan di belakangku. Setahu aku, aku tak pernah 'busy body' atau bercakap tentang mereka walhal, keburukan mereka dah nak sampai penuh 'air perigi' pun tak serik-serik nak tahu hal peribadi orang. Pun begitu, aku 'buat-buat tahu tahu' atau 'pura-pura tak tahu' walaupun sesekali, ada teman yang 'terlanjur cakap' atau 'terpacul dari mulut kawan kategori 'laser'. Pun aku masih mampu tersenyum. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam hatiku.

Teringat aku, kawan-kawan semasa kursus IPTAR-14-4-2008 hingga 13-6-2008, terutamanya Kak Juriyati, Kak Sade, Kristo, Ati, Juma, Arqam, Mahathir, Taufik, Kak Zura, Effa, Amir, Nuf Afni, Wajihah, Fendi-dah jadi Sabahan, aku rindu akan kemesraan selama lebih 2 bulan walaupun berlainan agama, bangsa dan negeri, namun sifat bantu-membantu ketika kawan susah, sukar dicari. Sepupuku dan sanak-saudara di Miri sahaja yang menjadi temanku selepas waktu kerja.

Moralnya di sini, OOOiiiiiii kawan-kawan (sebut nama), you all kat mana????? Aku baru nak aktif balik kat blog setelah lama dari 'tido', dan sekarang, saya dah 'bangun' balik. Saya rindu nak jumpa you all.......

2 comments:

Unknown said...

Yess mdm.....

ada kt sini ni haa.....

Marian Awor said...

Tima kasih manyak-manyak. You all memang kawan yang setia!!!!!