Aug 17, 2009

Perjuangan Hidup

Hi, kepada semua kawan2 yang dah lama tak berhubung, apatah lagi memberi komen atau membuka blog kawan2 semua. Ya...inilah kehidupan. Sentiasa mengejar masa, kerja, kerja..sampai terlupa kawan yang jauh. Nak buat macam mana, kerana pekerjaan kita sentiasa 'menyibukkan setiap masa', sedangkan masa untuk 'diri sendiri' telah semakin berkurangan..

Kehidupan mesti diteruskan bagi mempastikan kesinambungan hidup akan datang sentiasa berterusan..melaluinya membuat diriku kekadang 'jatuh' ditimpa tangga, bangun lagi..'tumbang', jatuh bangun, tumbang..."BANGUN SENDIRI" tanpa mendapat pertolongan sesiapa pun.. tapi aku bersyukur kerana ada seorang 'Auntie Gloria' namanya, berasal dari Filipina, bekerja dan menetap di Miri, orang yang sangat memahami siapa diriku, berbanding keluarga sendiri dan teman2..

Kini, aku bersyukur walapun aku belum nendapat 'apa yang aku mahu' bagi melengkapkan kesempurnaan hidup ini, tapi 'aku bersabar dan tabah kerana aku percaya 'BILA TIBA HARINYA', akulah insan paling bahagia dan gembira kerana kesabaran dan ketabahanku didengar oleh 'YANG MAHAKUASA'.

Mungkin, aku tidak mempunyai pengalaman hidup yang banyak, tetapi dugaan yang datang sentiasa bersamaku...cubaan, cubaan tanpa kusedari, rupanya ianya mematangkan diriku bagi menempuh kehidupan ini..

Kepada teman-temanku, Kak Ju, Kak Zura, Juma, Kristo, Ustaz Arqam, Ameer, Taufik, Mahathir, Sade, Ati, Effa,dan yang lain-lain, SALAM KERINDUAN KUTUJUKAN BUALN KALIAN SEMUA....