Oct 14, 2009

Hi, KAWAN-KAWAN SEMUA..SAYA KEMBALI DAH!!! setelah lama 'bertapa' kat Gunung Mulu!!!!

Kadang-kadang, apa yang kita lakukan hari ini, memang..ganjarannya esok hari. Tetapi, apa yang kita maksudkan, hingga kini...tiada menjelma...adakah 'takdir' itu sentiasa menguji erti 'KESABARAN' insan, apatah lagi pelbagai cubaan mendatang tanpa diminta. Sedangkan, hari ini semakin menghampiri ufuknya, esok...entahkan ada, entahkan tidak atau langsung tidak menjelma. Mungkin, kesabaran itu sentiasa menguji iman kita, sepertinya mendung kelabu yang tak akan cerah sampai kapan pun...

Ceh, jiwang juga aku..angan-angan masa di bangku sekolah dulu, nak jadi pengarang novel tapi tak menjadi..hinggakan karangan jiwang-jiwang entah apa-apa entah...

OK, THAT ALL FROM ME...hello my friend, i am back again...

Aug 17, 2009

Perjuangan Hidup

Hi, kepada semua kawan2 yang dah lama tak berhubung, apatah lagi memberi komen atau membuka blog kawan2 semua. Ya...inilah kehidupan. Sentiasa mengejar masa, kerja, kerja..sampai terlupa kawan yang jauh. Nak buat macam mana, kerana pekerjaan kita sentiasa 'menyibukkan setiap masa', sedangkan masa untuk 'diri sendiri' telah semakin berkurangan..

Kehidupan mesti diteruskan bagi mempastikan kesinambungan hidup akan datang sentiasa berterusan..melaluinya membuat diriku kekadang 'jatuh' ditimpa tangga, bangun lagi..'tumbang', jatuh bangun, tumbang..."BANGUN SENDIRI" tanpa mendapat pertolongan sesiapa pun.. tapi aku bersyukur kerana ada seorang 'Auntie Gloria' namanya, berasal dari Filipina, bekerja dan menetap di Miri, orang yang sangat memahami siapa diriku, berbanding keluarga sendiri dan teman2..

Kini, aku bersyukur walapun aku belum nendapat 'apa yang aku mahu' bagi melengkapkan kesempurnaan hidup ini, tapi 'aku bersabar dan tabah kerana aku percaya 'BILA TIBA HARINYA', akulah insan paling bahagia dan gembira kerana kesabaran dan ketabahanku didengar oleh 'YANG MAHAKUASA'.

Mungkin, aku tidak mempunyai pengalaman hidup yang banyak, tetapi dugaan yang datang sentiasa bersamaku...cubaan, cubaan tanpa kusedari, rupanya ianya mematangkan diriku bagi menempuh kehidupan ini..

Kepada teman-temanku, Kak Ju, Kak Zura, Juma, Kristo, Ustaz Arqam, Ameer, Taufik, Mahathir, Sade, Ati, Effa,dan yang lain-lain, SALAM KERINDUAN KUTUJUKAN BUALN KALIAN SEMUA....

Jul 11, 2009

Apa Khabar Dirimu Di Sana...!!!

Terlalu lama aku tidak menjenguk teratak buruk tapi indah 'blogku ini. Setiap hari, tugasan yang digalas sebagai pemberita, dah tu, Bandaraya Miri sentiasa dikejar samada Menteri kerajaan Negeri Sarawak atau Kerajaan Pusat, diadakan program mereka. Ketika tulisan ini kucoret, 15 minit lagi nak pukul 12 tengah malam. Belum balik ke rumah sebab buat 'news' radio untuk esok pagi.

Kepada semua teman-temanku, aku rindu kalian semua. Tapi, setiap hari tangan dan kakiku memaksa aku sukar menjenguh blog. Busy gila beb!!! Ok, kita sambung esko ya..

Mar 24, 2009

Antara Takdir vs Jodoh

Bagiku, apa sahaja yang berlaku, ada hikmah 'besar' yang berlaku disebaliknya. Malah, setelah apa yang berlaku, setelah apa yang dirancang 'tidak menjadi lagi', aku percaya, 'tuhan itu adil'. Adil kerana dia tidak mahu aku menderita di kemudian hari. Apa pun yang terjadi, aku tetap seperti dulu dengan prinsip hidupku, 'biar apa orang kata tentang diriku, asalkan aku tidak mengganggu hidupnya, mengata tentangnya' atau pendek kata, 'busy body', biarlah. Asalkan aku gembira dengan apa yang ada sekarang, dan seharusnya aku patut bersyukur kerana aku punya pekerjaan dengan keluarga yang amat memahami diriku.

Aku tahu, sesetengah pihak tidak menyukaiku. Entahlah. Setahu aku, aku tak pernah menyinggung perasaan mereka tetapi, namanya 'perempuan sesama perempuan' lebih sikit sudah dikata, diumpat. Ah, biarlah. Biarlah mereka bergelumbang dengan dunia mereka, asalkan aku bahagia dengan apa yang kumiliki masa kini, meskipun 'HATIKU', kembali 'kosong' setelah aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan dengan 'sidia', yang kuanggap 'putera raja', rupanya 'jauh panggang dari api'.

Bagiku, jodoh pertemuan tuhan yang tentukan. walaupun aku orang yang 'telah lama' tidak mengamalkan amalan keagamaan, aduh!!! ni yang payah nak cakap!!! dah terlanjur cakap, cakap ajele..... Tapi dihatiku, aku tetap seperti dulu, Marian yang dulu. Cuma yang berubah, penampilan sudah berubah kerana 'rambut panjang',....barangkali kot!!!

Ha...moralnya di sini, jika aku lama tak jengah blog, maap kawan-kawan, terlalu 'sibuk memanjang' sehingga terlupa...Dadada...... bye..bye/..c u next time...

Mapping Works-Hillslope

Mapping of federal roads on hillslope and housing projects along hillsides in Sabah and Sarawak will be carried out next year.

The Director of Slope Engineering Division of the Public Works Department, Dato Dr. Ashaari Mohamad says priority will be given to high risk areas before extending to other areas.

He was speaking to RTM after attending a Seminar on National Slope Master Plan and Public Awareness in Miri today.

He said mapping works on federal roads and housing projects along hillslopes in Semenanjung Malaysia started last year as expected to be completed in two years time.

The mapping works was neccessary for the implementation of the National Slope Master Plan which among others emphasised on safety measures for development projects in hillslope areas.

Sarawak Travel Fair

Thirteen tourism operators in Sarawak will participate in the Sarawak Travel Fair.
The event will be held at The Mall, Gadong in Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam from the 27th to 29th of this month.

According to the Acting Manager [Corporate Affairs] Sarawak Tourism Board, STB, Benedict Jimbau when contacted by RTM today said the participants are from tour agents and hotelier.

They are Sarawak Tourism Board, Borneo Jungle Safari, Borneo Tropical Rainforest Resort, Seridan Mulu Tour & Travel Services, Eastwood Valley Golf and Country Club, Wesberley Apartment, Mega Hotel, Journey Travel, Borneo Adventure, Imperial Hotel, Damai Rainforest Resort, Damai Golf and Country Club, Grand Margherita Hotel and Riverside Majestic Hotel.

Benedict said the purpose of such fair is to promote Sarawak as a tourism destination to the people of Brunei Darussalam.

His Excellency Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, High Commissioner of Malaysia in Brunei Darussalam together with the Minister of Tourism and Urbanization Development, Datuk Michael Manyin anak Jawong will officiate the opening ceremony on friday afternoon [27-3-2009].

The event was jointly organized by STB and Tourism Malaysia Brunei. Last year, Sarawak receives about 1.4 million tourist arrivals from Brunei.

Feb 18, 2009

Aduh! Terlalu Lama Menyepi....

Telefon bimbit saya hilang sebelum penghujung tahun 2008 & hilanglah nombor orang-orang terpenting, termasuklah telefon alahai....!!! wahai kengkawanku Kak Ju, Kak Zura, Juma, Ati, Effa, Ustaz Arqam, Affendi, Nurafni, Gee, Taufik & Mahathir....yang sempat dicari, Kristo, dan nasib Kak Ju call saya....

Semakin hari, kerja semakin berlambak, semakin banyakah dugaan dan cabaran hidup yang terpaksa ditempuh, diselesaikan dan menghadapinya, bukan main payah! Nak kuketawa, takut tersungkur, nak menangis, nanti dikata tidak mampu menghadapi tekanan kerja dan hidup...

Wahai kengkawan, jika aku lama tidak menulis dalam blog, aduh!!!! makin hari kerja rasa nak menjaga ...semua sekali sehingga aku terpaksa 'mencuri' & 'menceroboh' masa peribadiku untuk diriku sendiri, malah...terpaksa 'mencuri' masa yang sepatutnya 'bersama 'my lovely dear', fuh!!!! pun tak dapat. Semuanya gara-gara, komitmen kerja yang sejak kebelakangan ini jika dah 'diisi dengan air, dah penuh tempayan' mak aku. Tapi, apakan daya, ... letih & sukar nak melafazkan betapa letihnya kerjaya sebagai 'wartawan penyiaran'. Bak kata pepatah, 'hendak mencari sesuap nasi, terpaksa berhempas-pulas mencari rezeki yang ..entahlah..bila akan berakhir. Barangkali sehingga hari tua.

Jika diikutkan hati, aku lebih suka memilih menjadi 'surirumah sepenuh masa' tetapi mengenangkan betapa 'payah & susah' ibubapa kita memberi pendidikan sehingga ke menara gading, sayang juga nak duduk kat rumah...

Ha... apa yang saya nak bagitau adalah, kita beruntung sebagai seorang wanita kerana selain dikurniakan anugerah 'yang maha kuasa', & teristimewa berbanding kaum adam, huh...!!!! nasib baik mak aky beranakkan aku jadi 'baby girl'.

Apa khabar semuaaaaa......!!!!!!!!!! Saya akan menghadiri kursus 'web journalism' mulai 16-27 Mac 2009 di IPTAR. So, join mari-mari kita jumpa lagi & bersama lagi....