Feb 18, 2009

Aduh! Terlalu Lama Menyepi....

Telefon bimbit saya hilang sebelum penghujung tahun 2008 & hilanglah nombor orang-orang terpenting, termasuklah telefon alahai....!!! wahai kengkawanku Kak Ju, Kak Zura, Juma, Ati, Effa, Ustaz Arqam, Affendi, Nurafni, Gee, Taufik & Mahathir....yang sempat dicari, Kristo, dan nasib Kak Ju call saya....

Semakin hari, kerja semakin berlambak, semakin banyakah dugaan dan cabaran hidup yang terpaksa ditempuh, diselesaikan dan menghadapinya, bukan main payah! Nak kuketawa, takut tersungkur, nak menangis, nanti dikata tidak mampu menghadapi tekanan kerja dan hidup...

Wahai kengkawan, jika aku lama tidak menulis dalam blog, aduh!!!! makin hari kerja rasa nak menjaga ...semua sekali sehingga aku terpaksa 'mencuri' & 'menceroboh' masa peribadiku untuk diriku sendiri, malah...terpaksa 'mencuri' masa yang sepatutnya 'bersama 'my lovely dear', fuh!!!! pun tak dapat. Semuanya gara-gara, komitmen kerja yang sejak kebelakangan ini jika dah 'diisi dengan air, dah penuh tempayan' mak aku. Tapi, apakan daya, ... letih & sukar nak melafazkan betapa letihnya kerjaya sebagai 'wartawan penyiaran'. Bak kata pepatah, 'hendak mencari sesuap nasi, terpaksa berhempas-pulas mencari rezeki yang ..entahlah..bila akan berakhir. Barangkali sehingga hari tua.

Jika diikutkan hati, aku lebih suka memilih menjadi 'surirumah sepenuh masa' tetapi mengenangkan betapa 'payah & susah' ibubapa kita memberi pendidikan sehingga ke menara gading, sayang juga nak duduk kat rumah...

Ha... apa yang saya nak bagitau adalah, kita beruntung sebagai seorang wanita kerana selain dikurniakan anugerah 'yang maha kuasa', & teristimewa berbanding kaum adam, huh...!!!! nasib baik mak aky beranakkan aku jadi 'baby girl'.

Apa khabar semuaaaaa......!!!!!!!!!! Saya akan menghadiri kursus 'web journalism' mulai 16-27 Mac 2009 di IPTAR. So, join mari-mari kita jumpa lagi & bersama lagi....