Mar 24, 2009

Antara Takdir vs Jodoh

Bagiku, apa sahaja yang berlaku, ada hikmah 'besar' yang berlaku disebaliknya. Malah, setelah apa yang berlaku, setelah apa yang dirancang 'tidak menjadi lagi', aku percaya, 'tuhan itu adil'. Adil kerana dia tidak mahu aku menderita di kemudian hari. Apa pun yang terjadi, aku tetap seperti dulu dengan prinsip hidupku, 'biar apa orang kata tentang diriku, asalkan aku tidak mengganggu hidupnya, mengata tentangnya' atau pendek kata, 'busy body', biarlah. Asalkan aku gembira dengan apa yang ada sekarang, dan seharusnya aku patut bersyukur kerana aku punya pekerjaan dengan keluarga yang amat memahami diriku.

Aku tahu, sesetengah pihak tidak menyukaiku. Entahlah. Setahu aku, aku tak pernah menyinggung perasaan mereka tetapi, namanya 'perempuan sesama perempuan' lebih sikit sudah dikata, diumpat. Ah, biarlah. Biarlah mereka bergelumbang dengan dunia mereka, asalkan aku bahagia dengan apa yang kumiliki masa kini, meskipun 'HATIKU', kembali 'kosong' setelah aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan dengan 'sidia', yang kuanggap 'putera raja', rupanya 'jauh panggang dari api'.

Bagiku, jodoh pertemuan tuhan yang tentukan. walaupun aku orang yang 'telah lama' tidak mengamalkan amalan keagamaan, aduh!!! ni yang payah nak cakap!!! dah terlanjur cakap, cakap ajele..... Tapi dihatiku, aku tetap seperti dulu, Marian yang dulu. Cuma yang berubah, penampilan sudah berubah kerana 'rambut panjang',....barangkali kot!!!

Ha...moralnya di sini, jika aku lama tak jengah blog, maap kawan-kawan, terlalu 'sibuk memanjang' sehingga terlupa...Dadada...... bye..bye/..c u next time...

No comments: