Showing posts with label True Friend Can Be Found inside Heart not Outside Heart. Show all posts
Showing posts with label True Friend Can Be Found inside Heart not Outside Heart. Show all posts

Dec 5, 2008

We are supposed to forgive everyone?

"We are supposed to forgive everyone; everyone includes ourselves."  Denis Waitley
 
"I believe the time we really look big in a child's eyes is when we go to them and apologize for our mistakes and we say, 'I was wrong. Will you forgive me?'"  Kevin Leman
 
"The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong."  Mahatma Gandhi
 
"One of the secrets of a long and fruitful life is to forgive everybody everything every night before you go to bed." Bernard Baruch
 
"Forgiveness is the key that unlocks the door of resentment and the handcuffs of hate. It is a power that breaks the chains of bitterness and the shackles of selfishness."  William Arthur Ward 
 
"As long as you don't forgive, who and whatever it is will occupy rent-free space in your mind." Isabelle Holland 
 
"Forgiveness is "selective remembering" -- a conscious decision to focus on love and let the rest go." Marianne Williamson
 
"To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness."  Robert Muller
 
Kutujukan khas buat rakan-rakanku tersayang: Kak Ju, Kak Zura, Kak Sade, Juma, Effa, Ati, Taufik, Mahathir, Aqam, Amir, Afni, Gee...alamak terlupa kawan baik aku, KRISTO and lelaki sabahan...sapa nama ye ya...dah lupa..oopppp! Affendi...maap ya!!!

Mungkin setelah you all baca ayat-ayat omputih tu...you all paham dan lebih paham. Bukan aku nak 'membuka pekung di dada, tapi sekadar berkongsi apa yang 'tersirat' & 'tersurat' terbuku di kedalaman hati ini. Nak luah kat kakak sendiri, eiii...jauh sekali, apalagi sepupu atau saudara-mara, jauh simpang cos diaorang bukannya paham. Kalau ada paham pun, ceramah panjang berjela....malas nak dengar. Dahlah keja berlambak, jarang ada off-day, stress pun ada, tambah pressure dah penuh semangkok mee rebus kedai Nyonya di Melaka.

Aku senang memilih kawan untuk meluahkan apa yang tersimpan dan terpendam walaupun you all jauh dan tidak tinggal di Miri denganku tapi selasa meluahkan dalam blog ini.

ya, perkataan forgive' atau maaf, senang dilafazkan oleh orang tertentu tetapi bagi kita yang 'menjadi buah mulut dia, kaki umpatan setiap kali terpacul dari mulut dia, cerita kita dah dicanangnya sana sini, cakap yang bukan-bukan, menokok tambah cerita yang tak tahu asal-usul cerita sebenar, membuat cerita yang seperti dia yang lebih tahu dari empunya badan, dah tu setiap perkataan yang terkeluar dari mulut dia 'tanpa penapis' tapi 'mulut laser' tanpa menyedari dalam diam dia menyakiti teramat sakit hati kita, memalukan kita di depan orang ramai seolah-olah kita bekerja dengan dia tapi kerajaan jugak yang bayar gaji dia, bukannya dia bayar gaji kitak!!!...layakkah dia meminta maaf dari kita setelah apa yang dia lakukan pada kita? Bukan sehari tetapi bertahun-tahun sepanjang kita bekerja sebagai 'colleague'.

Bagi saya, ya... saya sedia memaafkan semua orang walau macam mana dia pernah menyakiti saya secara 'tidak sengaja' atau 'disengajakan' tetapi apa yang menjadi persoalan saya adalah 'MAMPUKAH DIA MERUNGKAI SEGALA KESAKITAN DAN KELUKAAN HATI KITA YANG DIPERLAKUKANNYA SELAMA INI? DAPATKAN DIA MENGEMBALIKAN HATI KITA YANG TENANG DAN GEMBIRA SEBELUM DIA MEROBEK DAN MEMECAHNYA? DAPATKAH DIA MEMBERITAHU SEMUA ORANG YANG MENDENGAR SEGALA CERITA YANG DITOKOK TAMBAHNYA DENGAN MEMBURUK-BURUKKAN NAMA KITA? JIKA AKU PERNAH MENGATA TENTANG ORANG, ITUPUN KERANA AKU MARAH DAN MENJAWAP SEGALA TUDUHAN YANG DILEMPARKAN KEPADAKU, YANG AKHIRNYA DIPUTAR-BELIT MENJADI 'ISU PANAS'KAKI UMPAT MEREKA.

Aku mengaku, aku banyak buat silap. Setiap kesilapan yang aku buat, bukannya kehendakku sendiri tetapi ia datang tanpaku duga. Kenapa mereka suka mencari kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan mereka dah menimbun pun. Mungkin lebih tinggi dari KLCC kot? or KL Tower?

Mungkin tuhan sahaja lebih tahu kenapa hatiku sukar menerima kemaafan dari orang tertentu kerana dia lebih memahami apa yang aku rasa, bukannya apa yang dia rasa.

Ha...moralnya di sini...Bila la...kita SEMUA dapat berkumpul balik ye..aku rindu nak makan nasi kukus, ayam percik, kuih sedap yang dibeli kat kedai Seremban, rojak, nasi lemak Kg Baru, nasik lemak Seremban yang dibeli Kak Ju....dan yang bestnya, masakan COWENG ANAK PILAH.....