Apr 30, 2010

Sukarnya Memiliki Cinta Sejati

Cinta sejati terlalu sukar dimiliki. Setiap apa yang berlaku, halangan dan cubaan sama-sama dilalui namun, akhirnya tidak ke mana-mana kerana "Takdir' terlalu tinggi untuk dikejar, sedangkan manusia hanya menumpang dibumi nyata tetapi tidak kekal selama-lamanya.

Pun begitu, walau masing-masing mempunyai kehidupan sendiri, haluan dan jalan telah yang telah 'dipagar' kerana kehidupan dahulu tidak lagi seperti sekarang.

Sebagai wanita, saya tidak tahu bagaimana lelaki menyimpan atau masih ingatkah dia dengan kekasih hati yang dicintainya dahulu. Wanita memang seorang yang tetap setia, dan perasaan dan ingatannya terhadap orang yang dicintai tidak akan berubah, walaupun jalan hidupnya telah bersama orang lain dan memiliki keluarga sendiri.

Kenapa sukar bagi kita seorang wanita melupakan insan pertama yang bertahta dihati? Sedangkan insan pengganti yang baru jauh lebih baik, malah terlalu sempurna jika dibandingkan dengan kekurangan pada kekasih lama.

Cintaku sejati tetapi tidak dapat kumiliki kerana masa, waktu dan jarak antara benua berjuta batu memisahkan, tanggungjawap terhadap kerjaya masing-masing juga mendorong terpisahnya antara kita. Namun kau tetap dihati, dalam ingatan tulus ikhlas dan sanubari jiwa yang tidak pernah hilang dari ingatanku sampai bila-bila sayangku d
b...!

No comments: