Apr 30, 2010

Apa itu erti sebuah persahabatan

Saya menghargai sebuah persahabatan, samada lelaki atau wanita, tua atau muda..mungkin jarak usia yang memisahkan sesetengah sikap manusia itu boleh berubah dalam sekelip mata.Persahabatan itu memang indah jika kita mempunyai kawan yang sama hobi, aktiviti dan apa sahaja yang kita atau dia lakukan, masing-masing sama bertolak-ansur.

Tetapi bagaimana persahabatan yang begitu rapat..telah robih kerana sikap manusia yang sukar diramal. Di depan bijak bermain kata, memuji kita penuh ikhlas..bergurau-senda namun ertinya dia mahu sesuatu daripada kita. Dia menggunakan kita sebagai 'money banker' kerana apa yang mereka tahu, asalkan dapat 'pak sanggup' yang membayar apa sahaja keinginan mereka. janji 'poket' mereka sendiri tidak terbuang walaupun 1 sen.

Saya tahu dan saya memahami perhubungan seperti itu.Mereka bijak berpura-pura di depan mata kita tetapi di belakang, mereka lupa' pak sanggup inilah yang memberi makan dan minum mereka, kita dijaja, nama kita dipergunakan sesuka hati.

Adakah ini balasannya seorang kawan kepada 'pak sanggup' ini? Saya tidak mengungkit tetapi inilah realiti dan hakikat kehidupan yang kita tempuh kerana mengenali mereka ini. tetapi mereka lupa, "Tuhan" itu adil dan melihat yang mereka lakukan. Saya bukanlah 'pembaca injil' dalam gereja atau 'khutbah jumaat' di masjid, mahupun penceramah agama yang diundang media. Saya tahu apa yang saya lakukan.

Jika saya berbohong, saya yang menanggungnya sendiri tetaqpi jika mereka 'memburuk-burukan nama kita sedangkan kita tidak tahu yang nama kita dijual sana sini, diperlakukan gara-gara sifat dengki, cemburu dan busuk hati antara wanita dan wanita lain.

Adakah salah memiliki bagi seorang wanita itu mempunyai paras rupa yang cantik, menawan dan memikat sesiapa sahaja lelaki yang memandangnya? Bagi wanita yang memiliki sifat sempurna dan anggun, memang tidak salah bukan! Tetapi salah wanita lain yang merasakan kekurangan pada dirinya, sementara kelebihan bagi wanita jelita di luar sana menjadi kayu pengukur untuk mereka memburuk-burukan nama serta apa sahaja perbuatan dan tindakan, kerjaya dan hak peribadinya, diperkotak-katik.

Ah!! Jika aku memiliki sahabat seperti itu, aku tidak marah atau dengki atau memburuk-burukkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya kerana aku menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira agama, budaya, keturunan dan latar-belakang.

Ingatlah, jika semalam angin berhembus laju, tidak pasti adakah malam ini, malam esok dan lusa masih tetap sama! tidak!! jawapannya ada dihati masing-masing. wahai temanku...insaflah jika tidak pun ingatlah hari itu akan datang juga menimpamu. Malah lebih teruk daripada apa yang kau lakukan terhadap orang lain yang kau aniaya dan fitnah gara-gara 'CEMBURU'!

No comments: