Nov 14, 2008

Kawan or Lawan!!

Carilah di ceruk mana pun, kawan sejati sukar dicari. Yang pandai mengayat, talam dua muka, manis dibibir tetapi menyumpah dihati, berlambak kat Central Market ke, Chow Kit Rd, Jalan Tunku Abdul Rahman, India Street kat Kuching...fuh!!! tak yah cari, dekat ngan kita pun susah nak percaya.

Pun begitu, keluarga sendiri, sepupu dan saudara - mara sendiri walau dia orang mengumpat sampai gigi tua tanggal teruk sekali pun, dia orang tetap bertegur sapa dan kekadang apa yang dia orang cakap menyedarkan kita akan 'alam dunia sebenar-benarnya ini'.

Kawan umpama Musuh Dalam Selimut sentiasa mencari kesalahan kita, manakala kawan di sana sering melambai-lambai duka-lara kita di masa lalu. Pun begitu, keluarga kita juga yang sering berada di sisi kita walau buruk sekali kesalahan yang kita lakukan, kemaafan sentiasa terbuka luas, meskipun pintu neraka sudah mengetuk-ngetuk pintu... melambai mesra menyambut kedatangan kita, menghukum kita dengan apa yang telah dilakukan, ...keluarga kita juga yang saggup menarik kita keluar dari neraka jahanam..

Persoalannya, adakah kawan 'kamceng' sukar dicari masa kini? Teringat masa kecik dulu kat sekolah rendah, kawan berlambak bak pisang goreng panas, bagai cendawan tumbuh lepas hujan semalam... tetapi kini, masing-masing ada kehidupan sendiri... tinggal aku yang masih single... sukar nak meluahkan masalah yang sama waktu dengannya.. barangkali melayan kesibukan anak-anak dan suami, masa dulu berubah dalam sekelip mata.

Aku sering membezakan kawan dekat dan kawan jauh. Umpama lambaian daun kelapa di tepi pantai, menari melenggok-lengok apabila angin meniup sepoi-sepoi bahasa, bak cerita 'Che Timah Lenggang' di RTM2, lakonan AZean Irdawati dan Maimunah, walaupun cerita alam senja tapi menarik kerana ceritanya menarik tentang dua orang kawan rapat tetapi akhirnya, kawan sejati yang telah bersumpah sehidup semati,merampas teman lelakinya.

Kawan jauh jarang menyakiti hati kita namun, kawan dekat tetap dihati walaupun bukan kawan sejati. Sekurang-kurangnya mereka boleh diajak 'mesyuarat tingkap', meeting kejap je hanya untuk diajak bergelak-sakan. Tak lebih dari itu. Cuma bezanya, kawan jauh boleh diluahkan segala rahsia masalah kita berbanding kawan dekat yang 'mulut tempayan', keburukan kita ditokok-tambah tapi keburukan dia disimpan dalam tempayan. Tapi, suatu hari nanti, dah terlalu busuk dalam tempayan pun orang akan tercium bau jugak. Kawan dekat bagiku hanya sekadar untuk berteduh tatkala hujan turun lebat, bila reda kembali menyakiti hati kita. Tapi di depan menuji kita bagai nak rak!! Menyampah!!!

Kawan VS lawan! Lawan kita sebenarnya datang dari diri kita. Masalah datang dan pergi, kita yang cari. Tapi kawan tetap kawan. Mungkinkah, kawan sejati sukar dicari pada zaman moden serba lengkap dunia ICT, globalisasi.. tanpa sempadan merentasi dunia oh!! dunia... ke benua antartika, menyeberangi lautan pasifik-artik...di situ, sukar dipercayai... orang tersayang rupanya jauh di sana...

Ha... moralnya di sini...seksa bercinta orang jauh... bila rindu je, peluk teddy bare..patung leppard lah, bermain dengan anak buah Damien & Natalie (4 yrs & 3 yrs), jalan-jalan beli sweet, Alamak...my dear sorry..too much talking.

1 comment:

Anonymous said...

Hai lain macam aje keluhan hati tu Anne...Ehem...ni kawan jauh dah datang ni dalam dunia cyber...
Eloklah tu Anne bercinta dengan orang jauh, kalau dekat nanti selalu bergaduh. Kalau jauh tu, rindu dan kasih sayang semakin utuh...Terima aje apa yang kita dah ada. Jangan bezakan diri kita dengan orang lain. Yang kita nampak pada orang cuma luaran saja, sedangkan hakikatnya hanya mereka sahaja yang tahu. Oleh itu, yang ada pada kita, elok2lah jaga.