Nov 5, 2008

Adakah Cinta itu Buta?

Mungkinkah mulai saat ini, blog kuini telah menjadi teman sejatiku! teman ynag sentiasa mendengar rintihan dan keluhan hati tanpa ada sesiapa yang tahu walaupun ada orang tersayang dalam hidup kita. Yang nyata, tiada sesiapa pun yang memahami diri kita melainkan kita sendiri.

Terlalu banyak cerita diperkata, ditayang di pawagam sebagai hero & heroin dalam filem, 'Romeo & Juliet' satu kisah cinta yang sukar diperjelaskan dalam setiap gerak-geri dan kata-kata kita. Namun, tetap menjadi bualan orang, adakah 'cinta itu buta' di mata setiap insan yang amat memerlukan kasih sayang, samada dari orang yang hadir dalam hidup kita atau ibubapa kita atau ahli keluarga kita yang lain?

Misalnya, setiap kali kita memerlukan orang disisi kita, setiap kali itu juga ada-ada sahaja yang tidak kena! Setiap kali hendak melangkah, gerak kaki payah nak menghayun... Cerita 'lama' terbangun kembali dari tidurnya setelah terbenam di dasar laut. Apa pun, terpaksa berdepan dengannya. Hanya hati sahaja yang sakit kerana 'luka kambuh kembali' oleh sikap ketidak perikemanusiaan sesetengah insan yang sengaja mahu melihat kita 'tersungkur' buat selama-lamanya.

Bagiku, meskipun mempunyai teman-teman yang jauh, dan tidak seorangpun berada di Miri, namun aku cukup beruntung kerana walau hanya lebih 2 bulan kita bersama, kenangan tetap dalam ingatan. Jika ada pun kata-kata tersinggung atau terpacul ketika berbicara, aku minta maaf dan semuanya kuanggap sebagai asam garam hidup berkawan.

Tetapi tidak di Miri, di tempatku bekerja. Aku hanya rapat dengan sepupuku dan ahli keluarga yang lain. Aku bersyukur kerana setelah apa yang berlaku, mereka tetap menyokongku dan tak putus-putus memberi nasihat walaupun 'pedih' dan 'parah' mendengar 'ceramah agama, seloka pak pandir & seangkatan dengannya, Jaki-jipang dan jainya', semuanya cukup masuk dan keluar dari telingaku.

Barangkali, selama ini aku belum pernah mengalami peristiwa 'pedih' sedemikian rupa dan SEGALA-GALANYA BANYAK MENGAJAR AKU ERTI SEBUAH KEHIDUPAN. Dan, aku juga tahu siapa kawan, siapa lawan dan siapa orang yang berada disisiku, sentiasa menyokongku dan berkongsi pahit manis kepayahan yang dilalui.

...Adakah Cinta itu Buta? Saya rasa, bukan cinta yang buta. Jika kita tidak mengenal erti cinta, bagaimana kita harus belajar menyayangi seseorang? Or do married restore it? Cinta itu buta kerana diri kita sendiri. Barangkali, bagi mereka yang belum pernah mengalami krisis cinta, susah le...den nak cerito..ewah!!aku belajar dialek Coweng Nogori Sombilan, Kak Juriyati... Tapi, bila difikir-fikir balik, Oiiiii!!!Kengkawanku, kalau bercinta nanti, share-share le story ngan aku. Bukan apa, sekadar nak mengumpul buat koleksi masa silam...kalau tak cukup, tak sodap lauk den, takde bicin dengan garam....

No comments: